CLICK TO KNOW ME

contest (6024) Danbo's journey (513) Event (8991) Fakta menarik (928) festival (788) Gadget (562) industrial training (343) kehidupan (432) makan2... (453) MaLaYsIa best PlacE (653) nice place at Korea (315) pendapat (2343) personal (4553) photography (3224) project sabtu (342) Sesi Terjah Blogger (993) SukA-SukI (5634) travel (434) wordless wednesday (1111)

Theme © ???



"harimau malaya" jadi "harimau Malaysia"???
Monday, January 3, 2011 | 4 comments
sumber dari Berita Harian, 3/1/20100



KOTA KINABALU: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Sabah meminta gelaran Harimau Malaya untuk pasukan bola sepak negara yang menjuarai Piala Suzuki AFF minggu lalu, diubah kepada Harimau Malaysia bagi mencerminkan konsep 1Malaysia, berbanding Malaya yang tidak menggambarkan kesepaduan masyarakat pelbagai kaum negara ini.

Mereka menyifatkan gelaran Harimau Malaya bukan setakat tidak mencerminkan penyertaan masyarakat pelbagai kaum di Sabah dan Sarawak sebagai sebahagian daripada rakyat Malaysia, malah seolah-olah menafikan penyertaan kedua-dua negeri dalam pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.
Presiden Majlis Belia Sabah (SYC), Kevin Lim, berkata rakyat Sabah turut menyambut kejayaan pasukan bola sepak negara menjuarai piala berkenaan tetapi agak terkilan kerana pasukan itu digelar sebagai Harimau Malaya sedangkan istilah yang sepatutnya digunakan ialah Harimau Malaysia.

"Kami gembira dengan kejayaan pasukan bola sepak negara tetapi dengan memanggil pasukan itu sebagai Harimau Malaya, ia seolah-olah tidak mahu berkongsi kegembiraan dengan masyarakat di negeri ini dan Sarawak kerana kami tidak pernah menyertai Malaya sebelum merdeka bersama Malaysia,” katanya di sini semalam.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak menggunakan istilah Harimau Malaysia bagi menggambarkan kesepaduan masyarakat pelbagai kaum di negara ini dalam memberi sokongan kepada pasukan bola sepak negara.

Sementara itu, Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Wilfred Bumburing, berkata penggunaan istilah Harimau Malaya seolah-olah tidak mahu konsep 1Malaysia diterapkan dalam bidang sukan.
“Ini adalah pasukan negara. Mengapa kami di Borneo seolah-olah dipinggirkan? Ke mana perginya konsep 1Malaysia?

“Jika Sabah dan Sarawak dipinggirkan, saya cadangkan Sabah dan Sarawak membentuk pasukan bola sepak dan diberi nama Harimau Borneo untuk bertanding dalam kejohanan itu,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tuaran juga mahu penggunaan istilah Harimau Malaya dihentikan kerana ia mengecewakan masyarakat pribumi di Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, Pembantu Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Jahid Jahim, berkata beliau menerima desakan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), terutama yang berkaitan dengan belia supaya istilah Harimau Malaya segera dihentikan.

“Saya fikir ada asas untuk desakan itu dibuat kerana ia tidak menggambarkan konsep 1Malaysia. Penggunaan istilah Harimau Malaysia lebih sesuai untuk kita menggambarkan kesepaduan masyarakat pelbagai kaum di semenanjung, Sabah dan Sarawak,” katanya.


*pendapat Shy: tak kisah pon nak tukar Harimau Malaya jadi Harimau Malaysia asalkn jangan tukar Malaysia jadi Malay-Indo dahla......pape pon Shy tetap sokong doakan yang terbaik untuk bola sepak Malaysia..: )

Labels:


NEWER
PAST



home profile shaifulshafian