CLICK TO KNOW ME

contest (6024) Danbo's journey (513) Event (8991) Fakta menarik (928) festival (788) Gadget (562) industrial training (343) kehidupan (432) makan2... (453) MaLaYsIa best PlacE (653) nice place at Korea (315) pendapat (2343) personal (4553) photography (3224) project sabtu (342) Sesi Terjah Blogger (993) SukA-SukI (5634) travel (434) wordless wednesday (1111)

Theme © ???



Lelaki pendiam lebih menarik??? wanita gembira lebih menarik??
Sunday, May 29, 2011 | 5 comments
 Sumber : Akhbar Sinar Harian

VANCOUVER - Kaum wanita mendapati lelaki pendiam dan kelihatan angkuh lebih menarik berbanding lelaki yang mempunyai perwatakan gembira.

Menurut kajian terbaru Universiti British Columbia di Kanada, wanita paling tidak tertarik kepada lelaki yang mudah tersenyum sebaliknya menggemari lelaki yang kelihatan berkuasa atau bersikap misteri.

Namun dalam penemuan bertentangan, lelaki pula didapati paling tertarik kepada wanita yang kelihatan gembira dan tidak menggemari golongan Hawa yang dianggap mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

Kajian itu adalah yang pertama menunjukkan perbezaan ketara antara jantina mengenai tarikan senyuman dan membantu menjelaskan mengapa lelaki yang dianggap nakal sering menjadi kegilaan wanita.

“Walaupun muka yang gembira penting untuk memulakan interaksi sosial, namun tidak banyak kajian yang dilakukan untuk menyelidik sama ada senyuman itu adalah sesuatu yang menarik,” menurut ketua penyelidik, Jessica Tracy.

“Kajian ini mendapati lelaki dan wanita memberikan respons yang sangat berbeza kepada pameran emosi termasuk senyuman,” katanya.


Owh...adakah lelaki pendiam lebih menariK?...Shy pernah jugak dengar quote nie.."kalau lelaki jambu diam nampak cool je kalau lelaki muka pecah rumah pendiam memang poyo je lebih".pastu "kalau perempuan cakap lebih nampak gila kecoh kalau perempuan diam memang comel". Ermmm,sebenarnya semua ni subjektif la..lain orang lain citarasanya....Ok, Shy nak test kat Mr Annoying Orange nie.......

 
 Mr Annoying....Pendiam Mode...

 Mr Annoying....Kecoh Mode...

Ermmm..dua2 Shy tak suka...Okla Mr Annoying Orange..lebih baik muka kamu no-face + emotionless ...


Haaaaa..Lebih baik....................hehehehe..

Labels:


NEWER
PAST



home profile shaifulshafian