CLICK TO KNOW ME

contest (6024) Danbo's journey (513) Event (8991) Fakta menarik (928) festival (788) Gadget (562) industrial training (343) kehidupan (432) makan2... (453) MaLaYsIa best PlacE (653) nice place at Korea (315) pendapat (2343) personal (4553) photography (3224) project sabtu (342) Sesi Terjah Blogger (993) SukA-SukI (5634) travel (434) wordless wednesday (1111)

Theme © ???



10 tips penjimatan wang di kampus
Monday, July 25, 2011 | 12 comments
 Shy's Danbo : JOM BERJIMAT !! 


Assalamualaikum n selamat sejahtera to all readers..: )..

Tak lama lagi dah nak bukak sem baru bagi kebanyakan pelajar IPTA & IPTS..juga bagi pelajar baru yang akan mula mendaftar tidak lama lagi. Shy nak ucapkan tahniah n selamat menempuh alam baru bagi kemasukan pelajar2 baru.....
Rata2 readers n kawan2 blogger Shy masih lagi belajar so entry Shy kali ni nak buat pasal tips penjimatan wang di kampus..bila dah masuk dunia University mahupon kolej semua urusan kewangan kena dilakukan sendiri tak kiralah bagi pemegang biasiswa mahupon pinjaman n time ni lah korang akan banyak berurusan dengan simpanan dan pembayaran yuran n lain2 n time ni jugak lah korang akan rasa duit yang agak banyak daripada time korang sekolah dulu...

tapi AWAS!!.time ni jugak lah jerung2 Multi Level Marketing (MLM) akan mula mendekati korang n menjanjikan korang pendapatan keuntungan yang banyak..sebab ape?.memang strategi diorang nak pancing pelajar2 IPTA n IPTS maklumla korang baru berjinak-jinak memegang duit dalam jumlah yang besar...ramai kawan2 Shy dah terjebak dalam MLM ni n Shy tengok takde sorang pon yang berjaya..ramai yang gulung tikar adelah..biasenye la korang akan perasan kawan2 korang yang dulu tak bertegur sapa tibe2 je mula nak approach korang ..SO,SILA JAGA2....Shy tak cakap yang MLM ni tak bagus n tak halang pon korang nak join tapi kalau korang jenis yang pasif Shy cadangkan baik jangan join....banyak lagi bisnes lain yang korang bole buat.... contoh, BERBLOGGING...


Ok, berbalik kat 10 tips penjimatan wang di kampus:

10% Rule
      1.    Sentiasa praktis "10% rule". Maknanya setiap bulan korang terima pinjaman atau biasiswa pastikan korang simpan 10% dari jumlah ni..tapi biasenye korang akan terima untuk 1 semester,,,so,watla kira2 berapa nak simpan...
      2.    Buat tabung kecemasan dan pastikan hanya digunakan semasa KECEMASAN SAHAJA. Sebagai contoh kalau lappy,PC atau kenderaan korang tiba2 rosak, tak perlu la lagi risau nak dapatkan duit..
      3.    Pelaburan bijak..try cari pelaburan yang selamat..banyakkan baca majalah finance n ilmu mengenai pelaburan. Pastikan pelaburan yang halal n jauh dari riba.
      4.   Yang ni Shy rasa perempuan memang pakar. Sentiasa check harga barang2 di pasaran n bandingkan mana yang murah so duit dapat dijimatkan
      5.    JANGAN GUNA KAD KREDIT!!!....statistik menunjukkan 50% pengguna kad kredit yang bankrupt adalah dari umur bawah 30 tahun.
      6.    Shy rasa ni memang susah nak buat tapi bole apply...Gunakan barangan elektrik dengan bijak supaya bil boleh dikurangkan.
      7.    Jadi student yang smart. Bila print nota tu buatlah kecik2 tapi senang dibace supaya dapat jimatkan catridge printer. Pinjam buku rujukan di perpustakaan atau cari seorang senior n mintak buku rujukan dari dia.Photostat buku rujukan pon bole tapi jangan kasi lecturer tau lebih2 lagi kalau dia yang tulis..hehehe
      8.    Gunakan service yang ade keistimewaan pelajar. Contoh; Nak tengok wayang tu tunjuk kad pelajar mesti dapat murah. Ade jugak student kad untuk public transport. Better guna..
      9.    Gunakan public transport. Tapi daripada pengalaman Shy guna motor adelah paling murah dari public transport..Sentiasa plan perjalanan dan travel bila perlu sahaja. Contohnya, kalau korang nak pegi tempat yang dekat n cuaca pon ok,betterlah jalan kaki dari drive ke sana
      10.   Guna internet untuk buat call..Banyak dah software yang provide call free macam skype,ym...Ala.ngan member korang chat je kan senang dapatla jimatkan top up..hehehehe..Biasenye tak semua student akan dapat duduk kat hostel or kolej..sumtimes mesti ade yang tak dapat melainkan kalau korang aktif...bile duduk rumah sewa tu bole la try masak sendiri..kan jimat..:)

          Selamat membaca...: )
          Sumber: Career In The Capital Market Magazine + tips dari kawan

          p/s: Bagi sape2 yang tak join bloglist Shy lagi bole la join.masih banyak kekosongan lagi...click je kat button tu ye..^^....


          Labels: ,


          NEWER
          PAST



          home profile shaifulshafian