CLICK TO KNOW ME

contest (6024) Danbo's journey (513) Event (8991) Fakta menarik (928) festival (788) Gadget (562) industrial training (343) kehidupan (432) makan2... (453) MaLaYsIa best PlacE (653) nice place at Korea (315) pendapat (2343) personal (4553) photography (3224) project sabtu (342) Sesi Terjah Blogger (993) SukA-SukI (5634) travel (434) wordless wednesday (1111)

Theme © ???



Sesi Terjah Blogger Shy: (Blogger Baru Kahwin - MooN-)
Tuesday, August 16, 2011 | 12 comments

Assalamualaikum …dah masuk fasa kedua Ramadhan dah ni time solat terawih pon dah baca doa qunut dah …bahang nak raya pon semakin terasa tapi bagi shy raya dah tak ada pape bahang yang nak dirasakan dah…reality kehidupan semakin dah besar semakin bertambah beban dan kerja…

Shy ni baru bujang lagi (tengah cari calon)..hahaha…status sekarang ni pon dah busy macam mana la nanti bila dah kawin…

Haaa…sebut pasal kawin sesi terjah blog shy kali ni nak men-Interview seorang blogger yang baru je naik jinjang pelamin ni…hurmmm,,ye la kan rata-rata blogger sekarang ni banyak didominasi oleh student je ..setakat nak update entry bila-bila masa pon bole..bagi shy yang dah kerja ni pon nak menghadap blog pon agak susah macam mana la nanti bila dah kawin………..

Bagi blogger lelaki mungkin la senang kan sebab mereka ketua keluarga..bagi blogger perempuan plak camne??..kena dengar la kan cakap suami..bila suami tak kasi berblog tak kan la nak main blog lagi kan…Last-last tak kan la kena remove akaun pulak………….owh,so pity…

mungkinkah pasangan kita akan terkejut sebab kita adalah blogger.....

Dan adakah ini yang akan terjadi kepada blog kita selepas berkahwin nanti??

Nak cite banyak-banyak pasal ni pon tak bole sebab shy pon tak kawin lagi so jom je la kita terjah blogger yang baru je kawin ni yang lebih dikenali dengan panggilan Moon (shy bahasakan dengan kak Moon sebab beliau lebih tua dari shy)..kalau tengok blog beliau ni perghh secerah-cerah merah gitu tau…..bakal mummy voke tu…hehe…

Lawa kan header blog MooN ni..warna pon voke gitu..ape lagi meh la terjah blog MooN nie...

Sempat jugak Shy terjah beliau nak tahu lebih lanjut apakah yang terjadi kat blogger yang baru berkahwin ni...ntah-ntah kena dera ke sebab ade blog,tak pon disisihkan pasangan ke..berikut adalah perbualan interview ngan beliau..moh le kita baca..hahaha.....

Shy: Assalamualaikum…ape khabar kak Moon..sebelum shy interview dengan soalan-soalan yang lebih panas ..tahniah diucapkan dengan sebab dah naik pelamin dah sekarang.hehe.dah berapa bulan ye tempoh perkahwinan kak moon??

MooN: Wa’alaikumussalam...akak alhamdulillah sihat sentiasa.. insyaALLAH.. wah,, ada soklan panas gitu..hehehe...nyway(anyway),, thanks so much shy... akak nikah ari tu 29 Mei 2011,, means tak lama lagi nak masuk 3 bulan dah... pengantin baru lagi ni..hehehe...

Shy: So sekarang ni ade pape effect tak dengan kehidupan berblogger berbanding dulu-dulu??ye la kan dulu bujang sekarang ni bakal berbadan dua(InsyaALLAH)..hehehe…

MooN: Berbadan dua? InsyaALLAH...doakan akak ea... hehehe... rutin blogging tak banyak yang berubah kot.. still macam dulu (sebelum kawin).. just skang ni kena hati2 sikit bila blogging sebab husband tak suka if timbulkan isu-isu PANAS dalam blog.. Husband tak suka if akak blogging sambil memburuk-burukkan orang lain which akak tak pernah buat... betul ke tak pernah? teeet~

Shy: suami tak halang ke berblog ni????

MooN: Husband langsung tak pernah halang akak dari berblog sebab dia tau blog ni part of my life. Malah husband galakkan lagi.. Sweetkan? Hehehe... Tapi pesan husband,, kena pandai bahagikan masa antara blogging,, dunia luar dan family... But skang ni mOoN still duk jauh2 ngan husband so masa untuk blogging tu memang banyak la... If dah duk seumah nanti,, tak pasti macamana.. hehehe..

MooN: Tapi pesan husband,, kena pandai bahagikan masa antara blogging,, dunia luar dan family

Shy: Sejak dah kawin ni entry2 banyak pasal GA,contest, WW dengan resepi masakan je??..dah tak berani wat entri pasal personal ke??

MooN: Hahaha... panas ni!! Siapa kata tak berani eh? hehehe... Kadang-kadang memang mOoN update jugak pasal personal life tapi just yang simple-simple gitu... Tak berani nak expose lebih sebab tak nak mempengaruhi atau menyinggung sesiapa terutama husband mOoN.. mOoN share apa yang boleh mOoN share,, mana tau boleh dijadikan rujukan oleh orang lain.. Tapi personal entry yang PANAS lagi MELETUP memang mOoN jauhkan dari blog.. Skang ni memang mOoN selalu join Segmen,, GA dan Contest.. Bukan apa,, nak support kawan-kawan... If bukan kita yang support,, siapa pula kan???

MooN: Bukan apa,, nak support kawan-kawan... If bukan kita yang support,, siapa pula kan???

Shy: Nak kata dah tak nak berblog shy tengok kak Moon dah guna domain sendiri dah…sampai bila nak berblogging ni???...

MooN: Domain tu hadiah GA actually.. hehehe.. mOoN dapat dari kak sumijelly awal tahun ni.. Have my own domain membuatkan semangat nak blogging membuak-buak.. Even skang ni mOoN jarang update entry but tak pernah lagi terfikir nak stop blogging.. Kalau boleh mOoN memang nak teruskan berblog ni sampai kudrat mOoN tak mampu nak menaip lagi... insyaALLAH.. :)

Shy: Waa..bila shy bukak blog kak Moon warna merah ceria..shy tengok ade jugak macam ala-ala blog redmummy.com............ Memang orang dah kawin suka warna2 terang ke??hehehe

MooN: Hahahaha... orang dah kawin memang suka warna terang ea? mOoN pun tak sure.. tapi yang pasti,, mOoN dari dulu memang addict sangat ngan kaler merah... nampak semangat sikit..ada yang kata,, orang yang suka merah ni garang.. betul ke? Sejauh mana kebenaranya mOoN tak pasti but mOoN tak garang tau... mOoN ni ayu lagi comel... :Malu

Shy:
Last but not least..ape ucapan, nasihat dan kata2 terakhir yang kak Moon nak bagi terutama kat blogger yang dah nak kawin n mulakan hidup baru ni….

MooN: Bagi rakan blogger yang bakal naik pelamin tu,, mOoN doakan semoga berkekalan ke akhir hayat.. InsyaALLAH... Jaga ikatan tu baik2... Dan satu lagi,, bila dah kawin tu jangan buat2 lupa pula yang awak tu isteri/ suami orang...Tak baik macam tu... Ingat tu!!....Bagi yang baru terfikir nak kawin tu,, kawin lah... Bak kata orang yang dah berumahtangga,, KAHWIN tu BEST!! hahaha...

Haaaa.........Kahwin tu Best...Kak MooN yang cakap ni..daripada sesi terjah ni dapat la kita tau yang pasangan kak MooN ni memang sporting n faham..sebenarnya bukan susah pon nak buat sesuatu ..yang penting mesti ade persefahaman di antara pasangan..senang kan..tapi batas mestila kne jaga sebab kan dah berfamily..tahniah buat kak MooN n Shy harap kak MooN akan terus bergiat aktif lagi dalam bidang blog ni....

Persefahaman paling penting dalam berumahtangga...

Erm...selesai sudah sesi terjah Shy buat kali ni..kalau kak MooN ni calon yang baru kawin Shy rasa pasni nak cari blogger yang dah lama kawin plak r...tak pon blogger janda/duda berhias ... kasi terjah diorang ni baru best sikit kan..hahahahahha..kepada sesiapa yang mempunyai sebarang info atau komen bole la drop kat ruangan komen entry ni ye...See u all kat entry sesi terjah Shy yang akan datang............Assalamualaikum n Bye2....

Related Post Sesi Terjah Blogger Shy:
Sesi Terjah Blogger Shy: (Blogger Doodle Feeza Macho)

Nak tanya lebih lanjut:
click here



Labels:


NEWER
PAST



home profile shaifulshafian